Jumaat, 27 Mac 2009


Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau
Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.

Proses kesan rumah hijau
Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

Kesan rumah hijau global
Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.

Punca kesan rumah hijau
Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.


About The Earthquake

When The Ground Moves
Rumble rumble rumble! Have you ever been in an earthquake? Some people go through them all the time. In California there are dozens every day but they are usually very small. You tend to remember the big ones. Earthquakes are the breaking and cracking of the rocks inside the continental plates. The breaks happen after stress has built up in the surrounding area. There are usually very few or no quakes when the plates move slowly. When there is a fast movement of the plate, there is a snap (like breaking a cracker).

Changing The Landscape
More than buildings collapse when an earthquake hits. The land itself is totally changed. You can see scars across the landscape. Those scars appear when one block of land has moved compared to another. Roads often change their placement. They either become uneven or just crack. Streams can also change course. Sometimes rocks can fall and block the stream. Other times, the land is even lowered in certain areas. When it's lower, it's easier for the water to flow in the new direction. Changes also happen on larger scales. Fault valleys and troughs can be created. These areas have large amounts of fracturing (the fracture zone is large). After the land has opened up, weather begins to act on the area and erosion follows. Slowly, new valleys are created.

Waves Across The Land
You might think, "If it only happens in one place, why can you feel them hundreds of miles away?" The crack happens where the quake starts. Ripples then move out in waves across the plate. Those waves are called seismic waves. Those waves shake everyone up within a specific area. When scientists analyze an earthquake they look at several parts. They find out where the focus is. The focus is the exact point where the earthquake started. It is usually many miles/kilometers below the surface of the Earth. Scientists also look to see where the epicenter was. The epicenter is the point on the surface directly above the focus. When you think about the epicenter, try to remember there is actually a crack in the crust many kilometers below.

Built For Quakes
After an earthquake, you can turn on the television and see all sorts of footage showing buildings that didn't quite survive. Buildings are built for up and down forces. If you jump on your floor a bunch of times your house will stay up. Earthquakes have forces that move side to side. Houses aren't built for that direction of energy. When the Earth moves side to side, the house can't wobble and it snaps. The walls collapse and roof falls in. Really tall skyscrapers are well designed for earthquakes. They are built to withstand strong winds. When strong winds happen, they can move side to side and sway if needed.

Isnin, 23 Mac 2009

Skema Jawapan Soalan Ujian 1 Bulan Mac

SKEMA JAWAPAN SOALAN UJIAN GEOGRAFI TINGKATAN 4 (2009)

BAHAGIAN A
C 6. C 11. B 16. A
D 7. B 12. C 17. C
C 8. D 13. D 18. B
A 9. B 14. D 19. C
A 10. B 15. C 20. B


BAHAGIAN B
Kerak bumi
Soalan 1
mantel
Teras dalam
Teras luar











Soalan 2
- atmosfera
- biosfera
- litosfera
- hidrosfera

Soalan 3
i) Terbentuk hasil daripada penyejukan dan pemejalan magma dan lava.
ii) Terbentuk daripada bahan enapan seperti kelodak,lanar,lumpur,pasir,serpihan batu,kulit kerangan,sisa tumbuhan dan sisa binatang yang termendap secara berlapis-lapis di permukaan bumi dan kemudiannya mampat menjadi batuan.
iii) Terbentuk apabila sesuatu jenis batuan berubah sifatnya akibat suhu dan tekanan (himpitan) yang sangat tinggi.

Soalan 4
- Syis
- Marmar

Kertas Soalan Ujian 1 Bulan Mac

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUNAS
UJIAN BULAN MAC 2009
GEOGRAFI
TINGKATAN 4
MASA: I JAM

NAMA:____________________________________________________
KELAS:___________________________________________________


Arahan: Jawab semua soalan.

Bahagian A: Mengandungi 20 soalan objektif, bulatkan jawapan yang betul.

1.Di lapisan atmosfera yang manakah terletaknya lapisan ozon?
A Eksosfera
B Mesosfera
C Stratosfera
D Termosfera

2. Pilih pasangan yang benar tentang sfera dan kandungannya?


Sfera
Kandungan
A
Hidrosfera
Udara
B
Atmosfera
Daratan
C
Litosfera
Air
D
Biosfera
Hidupan

Q










3. Apakah kawasan yang ditandai dengan Q?
A Teras dalam
B Kerak bumi
C Mantel
D Teras luar


Sumber mineral dapat diperoleh
Pertanian dapat dijalankan




4. Huraian di atas dikaitkan dengan lapisan
A Litosfera
B Hidrosfera
C Biosfera
D Mesosfera

5. Mineral utama dalam air laut ialah
A Natrium klorida
B Kalsium sulfat
C Magnesium klorida
D Kalium sulfat










6. Rjah di atas menunjukkan saling kaitan antara
A Atmosfera dengan hidrosfera
B Litosfera dengan atmosfera
C Biosfera dengan hidrosfera
D Biosfera dengan atmosfera

7. Batuan yang terapung di sebelah atas sima dalam kerak bumi ialah
A Astenosfera
B Sial
C Mantel
D Teras luar

8. Lapisan bumi yang paling panas terletak di bahagian
A Sima
B Mantel
C Astenosfera
D Teras dalam

9. Manakah di antara berikut contoh batuan enapan?
A Granit
B Batu kapur
C Marmar
D Pumis


Proses lipatan berlaku di kerak bumi
Tekanan yang amat kuat dan suhu tinggi diwujudkan






10. Keadaan seperti di atas menggalakkan pembentukan
A Batuan enapan
B Batuan metamorfosis
C Enapan dan igneus
D Enapan dan klastik











11. X dalam rajah di atas merujuk kepada
A Warna mineral
B Sifat mineral
C Tekstur mineral
D Struktul mineral

12. Antara yang berikut ciri-ciri manakah yang merujuk kepada batuan igneus?
I Berlapis-lapis
II Mengandungi fosil
III Berbentuk hablur
IV Terbentuk daripada magma dan lava

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV











13. Batuan Z dalam rajah ini ialah
A Batuan enapan
B Batuan igneus rejahan
C Batuan igneus terobosan
D Batuan metamorfosis

14. Batuan igneus terobosan terbentuk apabila
A Magma membeku dalam kerak bumi
B Bahan enapan tertekan semasa lipatan
C Batuan terumbu karang mampat
D Lava membeku di permukaan bumi

-tekanan yang tinggi
-haba yang tinggi
-perubahan struktur
Granit
Batuan X







15. Batuan X dalam rajah di atas mungkin sekali
A Marmar
B Grafit
C Gneis
D Kuartzit

16. Tekstur batuan merujuk kepada
A Bentuk, saiz dan susunan hablur mineral
B Susunan hablur batuan dalam mineral
C Batuan terdiri daripada beberapa jenis mineral
D Batuan-batuan yang terdapat dalam bumi












17. Lapisan teras luar terletak pada bahagian
A I
B II
C III
D IV

18. Apakah sempadan yang memisahkan antara kerak bumi dengan mantel?
A Ketakselanjaran Guternberg
B Ketakselanjaran Mohorovicic
C Ketakselanjaran teras luar
D Ketakselanjaran teras dalam



Batu kapur
Marmar



19.Antara yang berikut yang manakah menyebabkan perubahan pada batuan di atas?
I Proses penyimenan
II Sejatan air
III Haba tinggi
IV Tekanan tinggi

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV



20. Terdapat tiga aspek utama yang dapat digunakan untuk mengenali batuan iaitu
A Komposisi mineral, tekstur batuan dan ketumpatan batuan
B Komposisi mineral, tekstur batuan dan struktur batuan
C Tekstur batuan, sturuktur batuan dan ketumpatan batuan
D Struktur batuan, komposisi mineral dan tekstur batuan





























Bahagian B: Mengandungi empat soalan stuktur. Jawab semua soalan dalam ruang
kosong yang disediakan.

1. Namakan struktur-struktur bumi dalam ruangan kosong yang disediakan di bawah


















(8 markah)

2. Namakan empat sfera dalam sistem bumi
i) _________________
ii)_________________
iii)_________________
iv)_________________
(4 markah)

3. Berikan proses-proses pembentukan bagi batuan di bawah

i) Batuan igneus
_____________________________________________________________ _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
(2 markah)
ii)Batuan enapan
_____________________________________________________________ _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
(2 markah)
iii)Batuan metamorfosis
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
(2 markah)



4. Batuan asal akan berubah menjadi batuan metamorfosis akibat tekanan dan suhu yang tinggi.Sila
Nyatakan perubahan batu asal di bawah kepada batuan metamorfosis dalam ruang yang sediakan.

Batuan asal

Batuan metamorfosis
Syal

Batu Kapur


(2 markah)













“SELAMAT MENJAWAB.SEMOGA BERJAYA’’
















DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH:

____________________ _____________________
(EN. ABU BAKAR BIN MAN) (EN. AZAMAN ABD RAHMAN)

Nota Geografi Unit 2

Unit 2: Proses Pembentukan dan Taburan bentuk Muka Bumi.
: Plat Tektonik
: Pertembungan Plat
: Pencapahan Plat
: Pembentukan gunung berapi - jalar dalam
- jalar luar
Plat Tektonik
· Permukaan bumi yang pepejal terdiri daripada beberapa kepingan yang dikenal sebagai ’plat’.
· Plat ini dibahagikan kepada 2 kumpulan
i)Plat benua- ialah plat yang membawa benua. Terdapat 7 plat yang besar dan beberapa plat yang kecil. Palt yang besar
ialah plat pasifik, plat amerika utara, plat eurasia, plat afrika, plat antartika dan plat india-australia. Plat
kecil seperti plat arab,plat filipina dan plat karibia.

ii)Plat lautan-ialah plat yang membawa lautan seperti plat pasifik dan plat nazca.
· Plat tektonik bergerak secara mendatar dan mengakibatkan pertembungan dan pencapahan antara plat.

Pertembungan Plat
· Berlaku bila 2 sempadan plat bertembung antara satu sama lain.

Plat benua dengan plat lautan
Plat benua dengan plat benua
Plat lautan dengan plat lautan
-pertembungan plat benua dan plat lautan menyebabkan plat lautan yang lebih tumpat menjunam ke bawah.
-di sepanjang pertembungan plat tersebut terbentuk jurang lautan.
-di bahagian plat benua pula, mampatan berlaku di kerak bumi dan membentuk gunung lipat yang selari dengan jurang lautan.
-Contonhnya pertembungan plat Pasifik dengan Plat Filipina menghasilkan ’Jurang Mariana’
-apabila berlaku pertembnungan antara dua plat benua, pinggir kedua-dua plat akan dimampatkan dan dilipatkan.
-bahagian yg mengalami lipatan akan membentuk banjaran gunung lipat.
-Contohnya pertembungan Plat Indo-Australia dengan Plat Eurasia menghasilkan banjaran gunung lipat Himalaya.
-apabila 2 plat lautan bertembung, plat lautan yang lebih tumpat akan terjunam ke bawah lalu membentuk jurang.
-kawasan plat terjunam dinamakan ’zon subduksi’.
-bahagian yang terjunam itu akan ditolak ke dalam mantel yg lebih panas. Pinggir plat akan mengalami suhu dan tekanan yg tinggi lalu membentuk magma. Magma akan mengalir keluar ke permukaan plat dan membentuk arka pulau dan gunung berapi dasar laut.



· Pergerakan plat tektonik secara pertembungan menghasilkan 2 fenomena tektonik iaitu:
i) Lipatan
ii) Gempa Bumi

Lipatan:
· Kuasa mampatan yg dihasilkan semasa pertembungan plat menyebabkan lipatan pada kerak bumi.
· Terdapat 5 jenis lipatan kerak bumi iaitu:
1. Lipatan monoklin- terdiri daripada lipatan cembung ke atas (antiklin) dan lipatan cekung di bawah (siklin).
2. Lipatan simetri- ialah lipatan yang kedua-dua cerunnya seimbang yang terbentuk daripada daya mampatan yg
sama kuat di kedua-dua belah antiklin.
3. Lipatan asimetri- lipatan yg salah satu daripada cerunnya lebih curam daripada cerun yg lain.
4. Lipatan rebah- terbentuk akibat kuasa mampatan yg lebih kuat di satu bahagian daripada bahagian-bahagian
lain.
5. Lipatan lampau- Lipatan itu bertindih dan terlipat ke atas kerak bumi.
· Lipatan kerak bumi menghasilkan gunung-gunung lipat. Proses pembentukan gunung lipat mengambil masa berjuta-juta tahun lamanya.
· Banjaran gunung lipat yg terbentuk kurang dari 40 juta tahun dikenali sebagai gunung lipat muda.Contohnya: Himalaya,Rocky dan Andes.Banjaran gunung ini tinggi dan curam dan banyak gunung berapi aktif terdapat di dalamnya.
· Banjaran yg lebih tua dikenali sbg gunung lipat tua. Contohnya: Banjaran Apalachians di Amerika Syarikat. Gunung lipat tua lebih rendah dan bulat kerana telah lama alami luluhawa dan hakisan.




Gempa bumi:
· Merupakan gegaran yg mendadak yg berlaku pada kerak bumi.
· Kejadian ini berlaku apabila kawasan sempadan antara plat menjadi tidak stabil akibat pergerakan plat tektonik.
· Kawasan utama yg terlibat ialah kawasan sempadan plat dan kawasan berhampiran gunung lipat muda.
· Gelombang gempa bumi diukur dengan menggunakan seismometer atau seismograf dan dinyatakan mengikut Skala Richter.
· Mengikut skala richter gempa bumi digredkan dari satu hingga sembilan mengikut kekuatan gegaran. Gred 9 mewakili gegaran paling kuat.Gempa bumi boleh meyebabkan:
i)perubahan geosekitaran seperti retakan dan anjakan tanah, pencairan tanah, tanah runtuh dan kebakaran.
ii)boleh menyebabkan gelombang besar di laut membentuk ombak besar yg dikenali sebagai Tsunami.
iii)memusnahkan harta benda dan nyawa.



Pencapahan Plat
· Pencapahan plat berlaku bila 2 plat berpisah dan bergerak ke arah yg bertentangan.
· Pencapahan menghasilkan tegangan yg kuat pada kerak bumi dan menyebabkan rekahan di sempadan plat.
· Dengan itu, magma yg mengalir keluar akan membeku di situ dan membina kerak baru.
· 2 plat yg bercapah boleh jadi dua plat lautan dan dua plat benua.
· Bila berlaku pencapahan plat magma akan mengalir keluar melalui rekahan di sempadan plat dan membentuk permatang tengah lautan.
· Contohnya Permatang Tengah Lautan Atlantik.
· Pencapahan plat boleh hasilkan 2 fenomena iaitu
i)gelinciran/sesaran
ii) hanyutan benua.
· Terdapat 3 jenis gelinciran/sesaran iaitu:

Jenis sesar
Proses pembentukkannya
Sesar Biasa
-berlaku apabila satu bahagian kerak bumi jatuh ke bawah dari kedudukan asalnya, diakibatkan oleh daya ketegangan.
Sesar Songsang
-berlaku apabila satu bahagian kerak bumi terangkat ke atas akibat daya mampatan
Sesar Rabak
-berlaku apabila salah satu bahagian atau kedua-dua bahagian kerak bumi bergerak secara mendatar.

· Sesaran boleh mewujudkan lurah sesar dan gunung bongkah
i) Lurah sesar atau graben: terbentuk apabila satu jalur kerak bumi jatuh ke bwh antara 2 atau lebih satah
sesar.
ii) Gunung bongkah atau horst: ialah tanah tinggin yg terbentuk apabila kerak bumi di luar 2 atau lebih
garisan sesar jatuh

Hayutan Benua
· Seorang ahli sains Jerman iaitu Alfred Wegener mengemukakan teorinya yg dikenal sebagai Teori Hayutan Benua.
· Menurut Wegener 200 juta tahun dulu semua benua yg ada sekarang bercantum dan membentuk hanya satu benua sahaja.
· Benua tunggal itu dikenali sebagai ’Pangaea’. Lautan disekelilingnya dikenal sebagai ‘Panthalassa’.
· Pangaea kemudian berpecah menjadi beberapa benua. Pada permulaannnya Laurasia dan Gondwanaland terbentuk akibat dipisah oleh Laut Tethys.
· Kemudian Gondwanaland berpecah lagi. India, Afrika-Amerika Selatan dan Antartika mula berpisah kira-kira 180 juta tahun dulu.
· Afrika dan Amerika Selatan mula berpisah kira-kira 135 juta tahun dulu.
· Amerika Utara di Laurasia mula berpisah daripada Eropah-Asia kira2 65 juta tahun dulu, sementara Lautan Atlantik menjadi semakin luas.
· Afrika dan India mula bergerak semakin rapat dengan benua Eropah-Asia. Akhirnya India bercantum dengan Asia.
· Australia mula berpisah daripada Antartika dan bergerak ke utara.
· Hanyutan benua yg berlaku selama 200 tahun ini belum lagi berhenti. Pergerakan masih dapat dikesan.

· Terdapat beberapa bukti yg menyokong teori bahawa benua-benua yg tercantum telah terpisah.
i) Garis pantai timur amerika Selatan sepadan dengan garis pantai barat Afrika.
ii)Fosil isytrosaurus, sejenis haiwan yg ditemui di India juga ditemui di Afrika dan Australia.
iii)Fosil tumbuh-tumbuhan yg dijumpai di Amerika Selatan juga dijumpai di Afrika dan Australia.
iv)Arang batu yg terbentuk daripada tumbuh-tumbuhan kawasan iklim panas,kini dijumpai di kawasan sejuk di Amerika Utara,Eropah dan Asia.

Pembentukan Gunung Berapi
· Kawasan di sekeliling Lautan Pasifik atau Lingkaran Api Pasifik adalah kawasan utama bagi taburan gunung berapi,contohnya negara Jepun,Filipina,Indonesia,Amerika Syarikat dan Chile.
· Terdapat tiga jenis gunung berapi iaitu:
Jenis Gunung
Penerangan
1. Gunung berapi aktif
-gunung yg sering meletus.Contohnya Gunung Maona Loa di Hawaii.
2. Gunung berapi pendam
-gunung yg agak lama dahulu meletus dan kemungkinan meletus lagi.Contohnya Gunung Pinatubo di Filipina meletus pada tahun 1997 selepas pendam selama 600 juta tahun.
3. Gunung berapi mati
-gunung yg tidak mungkin meletus lagi. Contohnya Gunung Kenya.

· Gunung berapi terbentuk daripada batuan cair yg wujud pada suhu dan tekanan yg sanagt tinggi di bawah kerak bumi.
· Batuan cair ini dinamakan magma dan membentuk lapisan astenisfera dalam mantel.
· Pertembungan plat juga menghasilkan magma kerana bahagian plat yg terbenam ke dalam mantel akan cair dan menjadi magma.
· Letusan gunung berapi bermula apabila proses perolakan dan tekanan tinggi di bahagian mantel memaksa magma keluar melalui lohong atau rekahan kerak bumi di permukaan bumi.
· Magma cair yg menyejuk dan membeku di dalam kerak bumi atau sebelum sampai ke permukaan bumi akan menghasilkan bentuk muka bumi jalar dalam atau rejahan.
· Magma yg mengalir keluar ke permukaan bumi akan menjadi lava. Lava menghasilkan bentuk muka bumi jalar luar atau terobosan.
· Terdapat 2 jenis lava iaitu lava asid dan lava bes.
·
Bentuk Muka Bumi Jalar Dalam (Rejahan)
Bentuk Muka Bumi Jalar Luar (Terobosan)
Ø Bentuk muka bumi ini terbentuk bila magma menyejuk dan membeku dalam kerak bumi sebelum sampai ke permukaan bumi.
Ø Antara bentuk muka bumi tersebut iaialah:
1. Daik-merupakan jalur magma yg memasuki rekahan menegak di dalm kerak bumi dan membeku di situ.
2. Sil-terbentuk bila lapisan magma yg tebal masuk diantara lapisan2 batuan enapan kerak bumi secara mendatar dan membeku di situ.
3. Lapolit-berbentuk seperti piring dan terbentuk dpd lapisan magma yg masuk antara lapisan2 batuan enapan kerak bumi.
4. Lakolit-berbentuk busut atau kubah dan terbentuk bila magma magma masuk ke kerak bumi dan menolak lapisan2 enapan ke atas.
5. Pakolit-berbentuk kanta dan terbentuk bila magma berkumpul diantara lapisan2 batuan di bahagian siklin dan antisiklin yg berlipat.
6. Batolit-ialah jisim batuan igneus yg amat besar yg terbentuk bila magma naik secara besar-besaran dari dalam bumi.
Ø Bentuk muka bumi jalar luar atau terobosan terbentuk apabila bahan gunung berapi berkumpul di atas permukaan kerak bumi sama ada di dasar laut atau permukaan darat.
Ø Antara bentuk muka bumi tersebut:
1. Kon Lava Bes- iaitu gunung berapi perisai yg terbentuk drpd lava bes yg keluar melalui satu lorong di kerak bumi. Cerun landai.Contoh gunung berapi Maona Loa di Haiwaii.
2. Penara Basalt-lava bes yg keluar melalui rekahan2 panjang di kerak bumi tersebar luas dan membentuk penara basalt yg luas dan tinggi.Contoh Dataran Tinggi Deccan,India.
3. Kon Lava Asid- kon lava asid tinggi dan curam.Gunung berapi ini meletus dgn kuat bila lava membeku dan menyumbat lohongnya.
4. Kon Abu-terbentuk dari penyemburan serpihan abu dan sinder secara bergilir-gilir. Gunung ini kecil dan cerun curam.
5. Kon Komposit-juga dinamakan gunung berapi berlapis.terbentuk dari keluaran lava asid secara bergilir-gilir dengan penyemburan abu dan bahan pepejal.gunung ini amat tinggi dan besar.
6. Krater dan Kaldera-kemuncak gunung berapi biasanya alami ataman yg membentuk krater.letusan gunung berapi yg amat kuat boleh hasilkan kaldera yg bergaris pusat beberapa kilometer,krater yg bertakung air akan mementuk tasik krater.

Nota Geografi Unit 1

Unit 1: Sistem Bumi
: Struktur Bumi
: Jenis Batuan dan Kepentingan




1. ATMOSFERA:
-ialah lapisan udara di bumi terdiri drpd bbrapa lapisan
-lapisan ini makin padat jika mghampiri bumi dan makin nipis bila makin k eats
-mgandungi pelb jenis gas, wap air, kumin2 debu, habuk serta asap
-terdpt lima lapisan atmosfera-troposfera
-stratosfera
-mesosfera
-termosfera
-eksosfera
-setiap lapisan ada fungsi2nya
-unsur2 atmosfera yg blaku di sini ialah suhu, hujan, klembapan udara, tekanan dan angin
-Kepentingannya:i)wap air dlm udara punca kerpasan
ii)oksigen dlm udara untuk pernafasan
iii)ozon lindungi bumi dari sinaran ultraungu


SISTEM BUMI2. LITOSFERA:
-ialah lapisan luar bumi
-terdiri drpd bbrapa bhagian kerak bumi dan bhagian atas
mantel
-bhn yg mmbntuknya terdiri dpd mineral dn tanah tanih
-litosfera yg terdedah di pmukaan bumi telah mmbentuk
daratan iaitu benua dan pulau merangkumi 29% drpd
prmukaan bumi
-Litosfera yg tengelam di bawah laut mmbntuk 71% drpd
Pmukaan bumi
-Keadaan permukaan litosfera adalah pelbagai seperti
Gunung, lurah, penara(dataran tinggi), dataran, pulau serta
Pelbagai keadaan bntuk muka bumi dasar laut
-kepentingan:i)menakung air
ii)menghasilkan tanih utk bercucuk tanam
iii)mgandungi pelbagai jenis mineral


3. HIDROSFERA:
-merangkumi semua jisim air di permukaan bumi termasuk
Laut, tasik,kolam,sungai dan air bwh tanah
-kebanyakkan air tertumpu di lautan iaitu 71%, hanya 2.8%
air tawar.
-air wujud dalam bentuk cecair,pepejal dan wap air
-sejatan air berterusan di permukaan bumi mmbentuk wap air.
air ini turun balik ke permukaan bumi dlm bntuk ‘kitar hidrologi’
-kepentingan: i)bekalkan air tawar
ii)habitat pelbgai jenis hdupan laut dan marin
iii)bekalkan sumber makanan spt ikan,udang dan sotong 4.BIOSFERA:
-bahagian kerak bumi yg dihuni oleh hidupan
seperti haiwan, manusia,tumbuhan dan
mikroorganisma
-terbahagi kepada 2 iaitu biotik(hidupan)
Abiotik(bukan hidupan)





1.KERAK BUMI:
-lapisan luar bumi yang keras dan bersifat pepeja
-lapisan ini mmpunyai 2 bahagian yg nyata iaitu sial dan sima
-i) sial - terdiri dri batuan granit yg lebih ringan dari sima
- bahagian ini terletak di sebelah ats kerak bumi dan mmbentuk benua2 di permukaan bumi
- sial mgandungi logam silika dan aluminium
- kandungan silika dlm sial adalah tinggi sbbkan bahagian ini berwarna cerah
ii) sima -wujud di bawah sial dan di dasar lautan
-lapisan sima mngandungi silika, magnesium dan ferum
-sima terdiri dari batuan basalt yg lebih tumpat dari sial
-kandungan silika di sima adalah kurang sbbkan warnanya gelap
-ketebalan kerak bumi berbeza iaitu kurang 5km di bawah lautan hingga 60 km di sesetengah benua

STRUKTUR BUMI
-terdiri drpd 3 zon utama:
2.MANTEL:
-terletak di bawah lapisan kerak bumi
-sempadan yg memisahkan mantel dan kerak bumi dipanggil “ketakselanjaran mohorovicic“
-sempadan yg memisahkan mantel dgn teras bumi dipanggil “ ketakselanjaran gutenberg”
-terdiri dari batuan lampau bes dan kaya dgn olivin
-ketumpatannya 3.3 g/cm³ hingga 5.5 g/cm³
-terbahagi kepada i) mantel atas
ii) mantel bawah
-suhu lapisan mantel antara 800˚ C hingga 1600 ˚C
-mantel terdiri drpd bhan2 pepejal kecuali bhagian astenosfera yg batuannya separa cecair
disebabkan suhu terlalu tinggi (1600 C)
-di lapisan mantel terdpt arus2 perolakkan yg sbbkan blaku prgerakan batuan dlm bumi spt
Hayutan benua, gempa bumi,sesaran kerak bumi dan aktiviti gnung brapi

3. TERAS BUMI:
-ialah lapisan yg paling dalam di struktur bumi dan dikenali sbgai “barisfera“
-ia terletak di bawah mantel
-dipisahkan drpd mantel oleh “ketakselanjaran guternberg“
-ketebalan teras bumi adalah 3480km
-teras bumi mgandungi nikel dan dan besi
-terdiri drpd 2 lapisan: i) teras luar
JENIS BATUAN DAN KEPENTINGAN ii)teras dalam
-suhu yang tinggi dan tekanan yang kuat iaitu 3000 ˚C hingga 5000 ˚C
-teras bumi lebih tumpat dari mantel
JENIS BATUAN:


-terdapat 3 aspek utama yg dpt digunakan utk mengenali batuan i) komposisi mineral
ii) tekstur batuan
1.Batuan Igneus iii)struktur batuan
-terbentuk apabila magma atau lava yg cair membeku menjadi keras
-sgt keras,bbentuk hablur,tidak berlapis,tidak mengandungi fosil(sisa2 haiwan dn tumbuhan)
-magma dan lava berpunca dr dlm bumi kerana suhunya tinggi antara 700˚C - 1200˚C
-kebayakan btuan igneus punyai struktur berbutir tapi teksturnya berbeza2
-terbahagi kpd 2 jenis i) igneus rejahan
ii) igneus terobosan
2. Batuan Enapan
-terbentuk drpd bahan enapan yg yg termendap secara berlapis2 di permukaan bumi dan kemudiannya mampat menjadi batuan
-bahan enapan terdiri drpd kelodak,lumpur,lanar,pasir,serpihan kecil batuan,sisa tumbuhan dan binatang
-terdapat beberapa proses utama yg menukarkan bahan enapan kpd batuan enapan, antaranya: i)proses pemampatan
ii)proses penyimenan
3.BATUAN METAMORFOSIS iii)proses perubahan kimia
-dikenal sbg batuan jelmaaan kerana telah mengalami penjelmaan atau perubahan iv)proses pembntukan hablur
-batuan ini trbentuk bila sesuatu jenis batuan berubah sifatnya akibat suhu dan tekanan(himpitan) yg sgt tinggi
-kedua2 batuan iaitu igneus dan enapan blh alami prubahan kndungan mineral,struktur,tekstur dan warna akibat proses metamorfis dan membentuk batuan metamorfosis
-terdapat 2 jenis batuan metamorfosis iaitu i) metamorfosis sentuhan
ii) metamorfosis serantau