Isnin, 23 Mac 2009

Nota Geografi Unit 2

Unit 2: Proses Pembentukan dan Taburan bentuk Muka Bumi.
: Plat Tektonik
: Pertembungan Plat
: Pencapahan Plat
: Pembentukan gunung berapi - jalar dalam
- jalar luar
Plat Tektonik
· Permukaan bumi yang pepejal terdiri daripada beberapa kepingan yang dikenal sebagai ’plat’.
· Plat ini dibahagikan kepada 2 kumpulan
i)Plat benua- ialah plat yang membawa benua. Terdapat 7 plat yang besar dan beberapa plat yang kecil. Palt yang besar
ialah plat pasifik, plat amerika utara, plat eurasia, plat afrika, plat antartika dan plat india-australia. Plat
kecil seperti plat arab,plat filipina dan plat karibia.

ii)Plat lautan-ialah plat yang membawa lautan seperti plat pasifik dan plat nazca.
· Plat tektonik bergerak secara mendatar dan mengakibatkan pertembungan dan pencapahan antara plat.

Pertembungan Plat
· Berlaku bila 2 sempadan plat bertembung antara satu sama lain.

Plat benua dengan plat lautan
Plat benua dengan plat benua
Plat lautan dengan plat lautan
-pertembungan plat benua dan plat lautan menyebabkan plat lautan yang lebih tumpat menjunam ke bawah.
-di sepanjang pertembungan plat tersebut terbentuk jurang lautan.
-di bahagian plat benua pula, mampatan berlaku di kerak bumi dan membentuk gunung lipat yang selari dengan jurang lautan.
-Contonhnya pertembungan plat Pasifik dengan Plat Filipina menghasilkan ’Jurang Mariana’
-apabila berlaku pertembnungan antara dua plat benua, pinggir kedua-dua plat akan dimampatkan dan dilipatkan.
-bahagian yg mengalami lipatan akan membentuk banjaran gunung lipat.
-Contohnya pertembungan Plat Indo-Australia dengan Plat Eurasia menghasilkan banjaran gunung lipat Himalaya.
-apabila 2 plat lautan bertembung, plat lautan yang lebih tumpat akan terjunam ke bawah lalu membentuk jurang.
-kawasan plat terjunam dinamakan ’zon subduksi’.
-bahagian yang terjunam itu akan ditolak ke dalam mantel yg lebih panas. Pinggir plat akan mengalami suhu dan tekanan yg tinggi lalu membentuk magma. Magma akan mengalir keluar ke permukaan plat dan membentuk arka pulau dan gunung berapi dasar laut.



· Pergerakan plat tektonik secara pertembungan menghasilkan 2 fenomena tektonik iaitu:
i) Lipatan
ii) Gempa Bumi

Lipatan:
· Kuasa mampatan yg dihasilkan semasa pertembungan plat menyebabkan lipatan pada kerak bumi.
· Terdapat 5 jenis lipatan kerak bumi iaitu:
1. Lipatan monoklin- terdiri daripada lipatan cembung ke atas (antiklin) dan lipatan cekung di bawah (siklin).
2. Lipatan simetri- ialah lipatan yang kedua-dua cerunnya seimbang yang terbentuk daripada daya mampatan yg
sama kuat di kedua-dua belah antiklin.
3. Lipatan asimetri- lipatan yg salah satu daripada cerunnya lebih curam daripada cerun yg lain.
4. Lipatan rebah- terbentuk akibat kuasa mampatan yg lebih kuat di satu bahagian daripada bahagian-bahagian
lain.
5. Lipatan lampau- Lipatan itu bertindih dan terlipat ke atas kerak bumi.
· Lipatan kerak bumi menghasilkan gunung-gunung lipat. Proses pembentukan gunung lipat mengambil masa berjuta-juta tahun lamanya.
· Banjaran gunung lipat yg terbentuk kurang dari 40 juta tahun dikenali sebagai gunung lipat muda.Contohnya: Himalaya,Rocky dan Andes.Banjaran gunung ini tinggi dan curam dan banyak gunung berapi aktif terdapat di dalamnya.
· Banjaran yg lebih tua dikenali sbg gunung lipat tua. Contohnya: Banjaran Apalachians di Amerika Syarikat. Gunung lipat tua lebih rendah dan bulat kerana telah lama alami luluhawa dan hakisan.




Gempa bumi:
· Merupakan gegaran yg mendadak yg berlaku pada kerak bumi.
· Kejadian ini berlaku apabila kawasan sempadan antara plat menjadi tidak stabil akibat pergerakan plat tektonik.
· Kawasan utama yg terlibat ialah kawasan sempadan plat dan kawasan berhampiran gunung lipat muda.
· Gelombang gempa bumi diukur dengan menggunakan seismometer atau seismograf dan dinyatakan mengikut Skala Richter.
· Mengikut skala richter gempa bumi digredkan dari satu hingga sembilan mengikut kekuatan gegaran. Gred 9 mewakili gegaran paling kuat.Gempa bumi boleh meyebabkan:
i)perubahan geosekitaran seperti retakan dan anjakan tanah, pencairan tanah, tanah runtuh dan kebakaran.
ii)boleh menyebabkan gelombang besar di laut membentuk ombak besar yg dikenali sebagai Tsunami.
iii)memusnahkan harta benda dan nyawa.



Pencapahan Plat
· Pencapahan plat berlaku bila 2 plat berpisah dan bergerak ke arah yg bertentangan.
· Pencapahan menghasilkan tegangan yg kuat pada kerak bumi dan menyebabkan rekahan di sempadan plat.
· Dengan itu, magma yg mengalir keluar akan membeku di situ dan membina kerak baru.
· 2 plat yg bercapah boleh jadi dua plat lautan dan dua plat benua.
· Bila berlaku pencapahan plat magma akan mengalir keluar melalui rekahan di sempadan plat dan membentuk permatang tengah lautan.
· Contohnya Permatang Tengah Lautan Atlantik.
· Pencapahan plat boleh hasilkan 2 fenomena iaitu
i)gelinciran/sesaran
ii) hanyutan benua.
· Terdapat 3 jenis gelinciran/sesaran iaitu:

Jenis sesar
Proses pembentukkannya
Sesar Biasa
-berlaku apabila satu bahagian kerak bumi jatuh ke bawah dari kedudukan asalnya, diakibatkan oleh daya ketegangan.
Sesar Songsang
-berlaku apabila satu bahagian kerak bumi terangkat ke atas akibat daya mampatan
Sesar Rabak
-berlaku apabila salah satu bahagian atau kedua-dua bahagian kerak bumi bergerak secara mendatar.

· Sesaran boleh mewujudkan lurah sesar dan gunung bongkah
i) Lurah sesar atau graben: terbentuk apabila satu jalur kerak bumi jatuh ke bwh antara 2 atau lebih satah
sesar.
ii) Gunung bongkah atau horst: ialah tanah tinggin yg terbentuk apabila kerak bumi di luar 2 atau lebih
garisan sesar jatuh

Hayutan Benua
· Seorang ahli sains Jerman iaitu Alfred Wegener mengemukakan teorinya yg dikenal sebagai Teori Hayutan Benua.
· Menurut Wegener 200 juta tahun dulu semua benua yg ada sekarang bercantum dan membentuk hanya satu benua sahaja.
· Benua tunggal itu dikenali sebagai ’Pangaea’. Lautan disekelilingnya dikenal sebagai ‘Panthalassa’.
· Pangaea kemudian berpecah menjadi beberapa benua. Pada permulaannnya Laurasia dan Gondwanaland terbentuk akibat dipisah oleh Laut Tethys.
· Kemudian Gondwanaland berpecah lagi. India, Afrika-Amerika Selatan dan Antartika mula berpisah kira-kira 180 juta tahun dulu.
· Afrika dan Amerika Selatan mula berpisah kira-kira 135 juta tahun dulu.
· Amerika Utara di Laurasia mula berpisah daripada Eropah-Asia kira2 65 juta tahun dulu, sementara Lautan Atlantik menjadi semakin luas.
· Afrika dan India mula bergerak semakin rapat dengan benua Eropah-Asia. Akhirnya India bercantum dengan Asia.
· Australia mula berpisah daripada Antartika dan bergerak ke utara.
· Hanyutan benua yg berlaku selama 200 tahun ini belum lagi berhenti. Pergerakan masih dapat dikesan.

· Terdapat beberapa bukti yg menyokong teori bahawa benua-benua yg tercantum telah terpisah.
i) Garis pantai timur amerika Selatan sepadan dengan garis pantai barat Afrika.
ii)Fosil isytrosaurus, sejenis haiwan yg ditemui di India juga ditemui di Afrika dan Australia.
iii)Fosil tumbuh-tumbuhan yg dijumpai di Amerika Selatan juga dijumpai di Afrika dan Australia.
iv)Arang batu yg terbentuk daripada tumbuh-tumbuhan kawasan iklim panas,kini dijumpai di kawasan sejuk di Amerika Utara,Eropah dan Asia.

Pembentukan Gunung Berapi
· Kawasan di sekeliling Lautan Pasifik atau Lingkaran Api Pasifik adalah kawasan utama bagi taburan gunung berapi,contohnya negara Jepun,Filipina,Indonesia,Amerika Syarikat dan Chile.
· Terdapat tiga jenis gunung berapi iaitu:
Jenis Gunung
Penerangan
1. Gunung berapi aktif
-gunung yg sering meletus.Contohnya Gunung Maona Loa di Hawaii.
2. Gunung berapi pendam
-gunung yg agak lama dahulu meletus dan kemungkinan meletus lagi.Contohnya Gunung Pinatubo di Filipina meletus pada tahun 1997 selepas pendam selama 600 juta tahun.
3. Gunung berapi mati
-gunung yg tidak mungkin meletus lagi. Contohnya Gunung Kenya.

· Gunung berapi terbentuk daripada batuan cair yg wujud pada suhu dan tekanan yg sanagt tinggi di bawah kerak bumi.
· Batuan cair ini dinamakan magma dan membentuk lapisan astenisfera dalam mantel.
· Pertembungan plat juga menghasilkan magma kerana bahagian plat yg terbenam ke dalam mantel akan cair dan menjadi magma.
· Letusan gunung berapi bermula apabila proses perolakan dan tekanan tinggi di bahagian mantel memaksa magma keluar melalui lohong atau rekahan kerak bumi di permukaan bumi.
· Magma cair yg menyejuk dan membeku di dalam kerak bumi atau sebelum sampai ke permukaan bumi akan menghasilkan bentuk muka bumi jalar dalam atau rejahan.
· Magma yg mengalir keluar ke permukaan bumi akan menjadi lava. Lava menghasilkan bentuk muka bumi jalar luar atau terobosan.
· Terdapat 2 jenis lava iaitu lava asid dan lava bes.
·
Bentuk Muka Bumi Jalar Dalam (Rejahan)
Bentuk Muka Bumi Jalar Luar (Terobosan)
Ø Bentuk muka bumi ini terbentuk bila magma menyejuk dan membeku dalam kerak bumi sebelum sampai ke permukaan bumi.
Ø Antara bentuk muka bumi tersebut iaialah:
1. Daik-merupakan jalur magma yg memasuki rekahan menegak di dalm kerak bumi dan membeku di situ.
2. Sil-terbentuk bila lapisan magma yg tebal masuk diantara lapisan2 batuan enapan kerak bumi secara mendatar dan membeku di situ.
3. Lapolit-berbentuk seperti piring dan terbentuk dpd lapisan magma yg masuk antara lapisan2 batuan enapan kerak bumi.
4. Lakolit-berbentuk busut atau kubah dan terbentuk bila magma magma masuk ke kerak bumi dan menolak lapisan2 enapan ke atas.
5. Pakolit-berbentuk kanta dan terbentuk bila magma berkumpul diantara lapisan2 batuan di bahagian siklin dan antisiklin yg berlipat.
6. Batolit-ialah jisim batuan igneus yg amat besar yg terbentuk bila magma naik secara besar-besaran dari dalam bumi.
Ø Bentuk muka bumi jalar luar atau terobosan terbentuk apabila bahan gunung berapi berkumpul di atas permukaan kerak bumi sama ada di dasar laut atau permukaan darat.
Ø Antara bentuk muka bumi tersebut:
1. Kon Lava Bes- iaitu gunung berapi perisai yg terbentuk drpd lava bes yg keluar melalui satu lorong di kerak bumi. Cerun landai.Contoh gunung berapi Maona Loa di Haiwaii.
2. Penara Basalt-lava bes yg keluar melalui rekahan2 panjang di kerak bumi tersebar luas dan membentuk penara basalt yg luas dan tinggi.Contoh Dataran Tinggi Deccan,India.
3. Kon Lava Asid- kon lava asid tinggi dan curam.Gunung berapi ini meletus dgn kuat bila lava membeku dan menyumbat lohongnya.
4. Kon Abu-terbentuk dari penyemburan serpihan abu dan sinder secara bergilir-gilir. Gunung ini kecil dan cerun curam.
5. Kon Komposit-juga dinamakan gunung berapi berlapis.terbentuk dari keluaran lava asid secara bergilir-gilir dengan penyemburan abu dan bahan pepejal.gunung ini amat tinggi dan besar.
6. Krater dan Kaldera-kemuncak gunung berapi biasanya alami ataman yg membentuk krater.letusan gunung berapi yg amat kuat boleh hasilkan kaldera yg bergaris pusat beberapa kilometer,krater yg bertakung air akan mementuk tasik krater.

1 ulasan:

  1. Cikgu Nur,
    Terima kasih kerana muatkan nota Geografi. yang dapat membantu anak saya yang mencari maksud "siklin" dan "antiklin". Saya berharap jika Cikgu dapat muatkan sedikit gambarajah dalam nota Cikgu supaya mudah difahami.

    BalasPadam